ALOR SETAR – Polis sedang mengesan dua lelaki yang merupakan saksi pendakwaan bagi memberi keterangan berhubung satu kes dadah di Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini.
Dua individu terbabit ialah Muhamad Saffree Osman, 43, seorang peniaga kuih dan pemandu lori, Mohd. Fairus Salleh, 41.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Muhammad Saffree beralamat di 1-7-30 Jalan Veterinary, Pulau Pinang manakala alamat terakhirnya di A1-18, Jalan Padang Tembak, Ayer Itam, Pulau Pinang.
Seorang lagi saksi pendakwaan, Mohd. Fairus beralamat di 7854 Ayer Itam Dalam, Nyior Sebatang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Kata kenyataan itu, dua individu itu dikehendaki untuk memberi keterangan di mahkamah tersebut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes jenayah narkotik IPD Kota Setar, Inspektor Wilson Wong di talian 011-26275814. – K! ONLINE











