PMB Investment sasar pelaburan RM20 juta - Utusan Malaysia

PMB Investment sasar pelaburan RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kota Bharu – Syarikat pengurusan pelaburan milik Pelaburan Mara Bhd, PMB Investment Bhd. menyasarkan pelaburan mencecah RM20 juta di negeri ini sehingga menjelang penghujung 2019.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan perkhidmatan cemerlang dan sasaran memperoleh 20,000 pelabur baharu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata, PMB Investment mempunyai 15 dana unit amanah patuh syariah yang ditawarkan dan yang menjadi pilihan adalah PMB Shariah Aggresive Fund; PMB Shariah Premier Fund; PMB Shariah Dividend Fund dan PMB Shariah Small-Cap Fund.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembukaan pejabat di Kelantan berharap dapat menarik lebih ramai pelabur-pelabur dan pihaknya menyediakan peluang pelaburan syariah secara meluas kepada orang ramai sekaligus memberi peningkatan pelaburan yang disasarkan.

“Pejabat ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelabur malah membuka peluang kerjaya kepada rakyat Kelantan sebagai perunding berdaftar dan berlesen dengan ganjaran menarik serta pelbagai insentif,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Pembukaan Pejabat Negeri Kelantan dan Majlis Sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Dalam majlis sama itu, PMB Investment turut meraikan 60 anak-anak yatim daripada Rumah Kebajikan Anak Yatim Dhuafa’ Siti Aminah dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam.

Majlis perasmian pejabat berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad. Yang turut Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Zulkarnain Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed.

Tengku Ahmad Badli berkata, PMB Investment juga yakin jumlah aset di bawah pengurusannya kini sebanyak RM1.2 bilion melibatkan lebih 90,000 pelabur meningkat sehingga RM 5 billion menjelang 2022.

“Kita sentiasa merangka pelbagai inisatif menarik seperti strategi pemasaran dan jualan bagi memastikan syarikat memberikan pelaburan terbaik untuk memastikan menjadi pilihan para pelabur,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini