KUALA LUMPUR 3 Julai – PKR memecat keahlian Haziq Abdullah Abdul Aziz, ketua Pemuda PKR Santubong, selepas diputuskan oleh Lembaga Disiplin parti tersebut malam ini.
Pengerusi Lembaga Disiplin, Ahmad Kasshim berkata, Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, sekali gus melanggar kod etika parti.
Pemecatan tersebut dilakukan selepas tamat 14 hari yang diberikan kepada Haziq untuk memberikan surat tunjuk sebab. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











