KUALA LUMPUR 15 Julai – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu bernilai lebih RM1 juta menerusi serbuan di pondok pengawal sebuah residensi, Off Lebuh Raya Sungai Besi, Khamis lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan pada pukul 4.50 petang selepas mendapat maklumat dan menjalankan risikan. “Hasil soal siasat, suspek kemudian membawa pasukan polis ke sebuah unit residensi terbabit dan menemukan syabu seberat 23.5 kilogram bernilai RM1.17 juta, sepucuk pistol dan 28 butir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya