Pintu pagar berkunci, wanita bersalin di terminal bot - Utusan Malaysia

Pintu pagar berkunci, wanita bersalin di terminal bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARIKEI – Seorang wanita berusia 22 tahun terpaksa melahirkan anak di Terminal II Bot Ekspres apabila pintu pagar utama terminal tersebut dikunci di Jalan Wharf di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmidin Narudin berkata, wanita dari kawasan Bukit Kinyau dekat Tanjung Manis tiba di jeti terminal menggunakan perahu yang dikemudi suaminya kira-kira pukul 11.50 malam dalam keadaan hampir bersalin.

“Mereka terpaksa mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 22 kilometer menyusuri Sungai Rajang untuk ke Hospital Sarikei.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu telah menghubungi kami dan seramai lapan anggota dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba kira-kira pukul 11.56 malam,” katanya dalam ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, wanita tersebut selamat bersalin di atas kerusi terminal itu dengan bantuan suaminya dan ibu serta bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sarikei dengan ambulans oleh pasukan perubatan untuk rawatan susulan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini