Pilihan raya kerajaan tempatan cetus polarisasi kaum  - Utusan Malaysia

Pilihan raya kerajaan tempatan cetus polarisasi kaum 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pilihan raya kerajaan tempatan perlu diteliti secara serius oleh semua pihak sebelum dilaksanakan di negara ini kerana ia dijangka menyumbang kepada polarisasi kaum yang lebih kritikal.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kekhuatiran itu timbul daripada tanggapan sesetengah bandar di negara ini didominasi oleh kaum tertentu.

“Ramai pengundi akan cenderung menyokong calon dalam kalangan kaum mereka saja. Ini sangatlah tidak baik kepada kemajmukan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia tidak boleh dijarakkan lagi melalui dominasi kaum mengikut bandar, wilayah dan tempat. Kita mesti mencari jalan mengimbangkannya dan model sedia ada adalah baik namun perlu diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyediakan kertas kerja berhubung kajian kebolehlaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri menjelang akhir tahun ini.

Pilihan raya kerajaan tempatan adalah salah satu janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mohamad berkata, usaha memperbaharui dan memodenkan fungsi pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan semestinya melalui mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan sahaja. 

Menurut beliau, ia memerlukan paradigma baharu dalam tata kelola, undang-undang, tadbir urus, penguatkuasaan dan teknologi termaju. 

Jelas beliau, proses pemilihan yang demokratik walaupun baik bukan jawapan kepada masalah PBT waktu ini. 

“Kita harus menjauhkan PBT menjadi satu lagi  medan politik yang akhirnya gagal mengutamakan kepentingan sebenar rakyat.

“Saya menyeru semua pihak meneliti impak pilihan raya tempatan ini secara serius. Kita jangan membiarkan PH dengan sewenangnya menukar aturan bagaimana masyarakat kita harus diurus dengan alasan demokrasi semata-mata,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini