Piala Global Yakult cetus dimensi baharu bola sepak - Utusan Malaysia

Piala Global Yakult cetus dimensi baharu bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 15 pemain muda bertuah berpeluang meraih pengalaman berharga di Osaka, Jepun pada 14 hingga 16 September ini menerusi kejohanan Piala Global Yakult 2019 bawah 12 tahun (B-12).

Kejohanan tersebut yang sudahpun berlangsung di empat buah zon melibatkan Zon Utara pada 30 Jun, Zon Selatan (6 Julai), Zon Tengah (7 Julai) dan Zon Timur (13 Julai) telah mencetuskan dimensi baru dalam pembangunan bola sepak negera.

Empat pasukan terbaik dari setiap zon akan beraksi di pusingan akhir pada 27 Julai ini selepas disertai 64 pasukan terdiri daripada 960 kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejohanan Piala Global Yakult ini bertujuan mencungkil bakat pemain muda negara bagi menyertai Kejohanan Paial Global 2019 di Osaka, Jepun.

“Melalui kejohanan ini, pihak kami akan memilih 15 pemain terbaik pada pusingan akhir nanti bagi menyertai kejohanan yang akan diadakan pada 14 hingga 16 September nanti.

“Kami merasakan bahawa kanak-kanak ini perlu diberi peluang untuk menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa seawal usia muda bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti,” kata Pengarah Yakult Malaysia Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada.

Menyedari betapa pentingnya kejohanan tersebut kepada pembangunan bakat bola sepak akar umbi, Hamada berkata, selaku penganjur pihaknya berjanji akan meneruskan program itu pada tahun hadapan.

“Melalui kejohanan yang kompetatif seperti ini ia akan meningkatkan kemahiran yang ada di samping memberi peluang kepada mereka bagi memperoleh satu pengalaman ketika beraksi di luar negara”

“Kami yakin dan percaya, satu hari nanti kanak-kanak yang terlibat dalam kejohanan pada hari ini akan menjadi seorang pemain bola sepak terbaik negara,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Sebanyak 16 pasukan telah layak untuk menyertai peringkat akhir nanti. Pasukan tersebut merupakan empat pasukan terbaik di setiap zon terlibat.

Zon Utara

– Kedah Worriors

– Young Eagles

– AT Kuala Muda Yan

– North East Worriors

Zon Selatan

– JDT

– Akademi Tunas Melaka Tengah

– Fireball FC

– Kitbay 15 Fighter

Zon Tengah

– Akademi Tunas Wangsa Maju

– Manjung Soccer Kids

– Kelab Red Diamond

– B’TUMS ( Akademi Tunas Terengganu)

Zon Timur

– Dream Team Pahang

– MSSK Kelantan

– Pahang Cougars

– KB Nasrom Group

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini