MUMBAI 29 Julai – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan konsortium yang diketuai oleh JXTG Holdings Inc. merupakan antara syarikat yang berminat untuk membeli kepentingan dalam kilang penapisan minyak Bina, menurut sumber yang dekat dengan perkara itu.
“Terdapat beberapa syarikat baharu yang datang kepada BPCL berhubung kepentingan dalam kilang penapisan Bina,” katanya.
Kilang Bina yang terletak di tengah India mampu memproses 156,000 tong minyak mentah sehari (bpd) dan dioperasikan oleh Bharat Oman Refineries Ltd. (BORL).
BORL merupakan usaha sama antara Oman Oil Co. dan Bharat Petroleum Corp.
BPCL merancang untuk menggandakan kapasiti penapisan dalam tempoh lima tahun akan datang dan membina kompleks petrokimia yang memerlukan pelaburan sehingga 500 bilion rupees (RM29.85 bilion). – UTUSAN ONLINE











