Pesawah rayu siapkan projek longkang - Utusan Malaysia

Pesawah rayu siapkan projek longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 17 Julai – Para pesawah di di Kampung Banggol Petaling dekat sini berhadapan dengan masalah apabila laluan mereka telah dihalang oleh projek pembinaan longkang di kawasan tanah terbiar berhampiran.

Wakil pesawah, Harun Hassan, 65, berkata, disebabkan itu mereka terpaksa berulang alik sejak lapan kilometer (km) melalui Kampung Alor Lenggok untuk ke kawasan sawah padi.

Menurutnya, sebelum ini, jarak untuk mereka berulang alik ke bendang hanyalah tiga km sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila jarak bertambah, kami berdepan kesukaran untuk mengangkut padi benih dan baja untuk kerja-kerja disawah,” katanya di sini hari ini.

Harun memberitahu, para pesawah berharap pihak bertanggungjawab dapat turun padang dan membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut

Katanya, mereka hanya mampu melihat dari jauh kerana tidak mempunyai upaya untuk menyelesaikannya.

“Buat sementara waktu, jikalau pihak berkenaan dapat meratakan dahulu laluan ini sudah memadai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini