Pesakit mental ditahan cuba masuk kem tentera - Utusan Malaysia

Pesakit mental ditahan cuba masuk kem tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang lelaki yang mengalami masalah mental cuba memasuki Kem Rejimen 508 Askar Wataniah dekat sini dengan menyamar sebagai anggota tentera berpangkat sarjan, semalam.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Rosli Ishak berkata, bagaimanapun dalam kejadian pukul 1.30 petang itu lelaki berusia 26 tahun berkenaan gagal memasuki kem selepas ditahan anggota tentera yang mengawal pintu masuk.

“Lelaki itu mahu masuk ke kem tersebut tetapi ditahan oleh pengawal bertugas. Pihak tentera telah menghubungi pihak polis dan anggota polis yang tiba di kem itu membawanya ke Balai Polis Jalan Campbell.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan polis mendapati lelaki itu merupakan seorang pesakit mental yang mempunyai rekod perubatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rosli berkata, pihak polis telah membawa lelaki itu ke HTJ dan ditempatkan di wad psikiatri selepas pemeriksaan dibuat oleh pihak hospital.

Kejadian itu tular dalam media sosial apabila seorang pesakit mental dilaporkan menyamar sebagai anggota tentera dari Kor Risik Diraja dan berpakaian kemas termasuk memakai tali leher semasa mahu memasuki kem terbabit.

Lelaki itu dikatakan menaiki sebuah kereta Perodua Kancil ke kem tersebut dan meletakkannya di luar kawasan kem sebelum berjalan kaki ke pos pengawal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini