Pertemuan Nadal, Kyrgios makin 'panas' - Utusan Malaysia

Pertemuan Nadal, Kyrgios makin ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain Australia, Nick Kyrgios menghangatkan lagi pertemuannya dengan musuh ketat, Rafael Nadal pada pusingan kedua Kejohanan Tenis Wimbledon malam ini apabila memberitahu bahawa dia hanya menghormati bintang Sepanyol itu hanya di atas gelanggang.

Kyrgios membuka kempennya di Wimbledon dengan kemenangan 7-6 (7/4), 3-6, 7-6 (12/10), 0-6, 6-1 ke atas rakan senegara, Jordan Thompson di pusingan pertama awal pagi semalam.

Bagaimanapun, perhatian lebih terarah kepada pertarungannya dengan Nadal menjelang pusingan kedua nanti selepas juara dua kali itu mara dengan menewaskan pemain kelayakan dari Jepun, Yuichi Sugita 6-3, 6-1, 6-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pasti sama ada Rafa dan saya boleh duduk dan minum semeja. Saya tidak begitu mengenalinya. Saya hanya mengenalinya sebagai seorang pemain tenis sahaja.

“Saya boleh berkawan dengan ramai orang. Tetapi, ada sesetengah orang yang tidak ‘sekepala’ dengan saya. Kami berdua hormat sesama sendiri di atas gelanggang, tetap setakat itu sahaja,” jelas Kyrgios.

Nadal dan Kyrgios sebelum ini terbabit dalam perang mulut awal tahun ini selepas pemain berusia 24 tahun itu berjaya menewaskan juara gelaran utama sebanyak 18 kali tersebut pada satu kejohanan di Acapulco.

Semuanya berpunca daripada Nadal yang menuduh Kyrgios tidak menghormatinya dalam permainan tersebut manakala Kyrgios pula menganggap pemain Sepanyol itu ‘besar kepala’.

Bagaimanapun, Nadal enggan menambahkan lagi suasana panas yang menyelubungi pertemuannya dengan Kyrgios malam ini.

“Sejujurnya, saya sudah terlalu tua untuk bergaduh seperti ini. Apa yang saya katakan telah saya katakan. Itu sahaja. Saya bukan seseorang yang akan melayan setiap pergaduhan dengan orang lain,” kata Nadal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini