Perodua sasar jual 235,000 kenderaan - Utusan Malaysia

Perodua sasar jual 235,000 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) meningkatkan sasaran jualan tahun ini kepada 235,000 kenderaan, peningkatan sebanyak 4,000 buah daripada sasaran 231,000 unit diumumkan Januari lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua menjual sebanyak 227,243 kenderaan pada 2018, yang merupakan pencapaian jualan tahunan tertinggi dalam sejarahnya.

Katanya, bagi separuh pertama 2019, Perodua menjual kira-kira 121,800 kenderaan, peningkatan empat peratus daripada 117,100 buah yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh permintaan memberangsangkan meliputi semua model.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari Januari hingga Jun 2019, sebanyak 190,765 tempahan telah diterima, iaitu peningkatan lebih tiga peratus daripada 184,949 tempahan dalam tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan permintaan itu memberi kesan positif terhadap ekosistem automotif secara keseluruhan, dengan pembelian komponen berjumlah RM2.7 bilion dalam tempoh berkenaan,” katanya ketika mengumkan prestasi Perodua separuh pertama 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini