Perkhidmatan BRT Iskandar Malaysia mula operasi tahun 2022 - Utusan Malaysia

Perkhidmatan BRT Iskandar Malaysia mula operasi tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) yang dijangka memulakan operasi pada tahun 2022, kini dalam proses melantik konsultan utama projek, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri.

Menurutnya, pelantikan konsultan utama projek itu yang bakal menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam di Iskandar Malaysia bertujuan untuk melaksanakan kajian reka bentuk terperinci.

“Perkhidmatan IMBRT itu menjanjikan pengangkutan awam yang selamat, cekap, diyakini dan kos efektif selain boleh dimanfaat oleh 90 peratus penduduk Iskandar Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Solihan berkata, selain mod pengangkutan awam yang efektif dan diyakini, IMBRT juga akan membuka peluang kerja dan bisnes.

Tambahnya, menerusi projek itu, sebanyak 2,000 peluang pekerjaan dengan IMBRT seperti pemandu bas, pentadbiran dan kakitangan stesen diwujudkan selain kedai-kedai di terminal disediakan bagi peniaga kecil dan sederhana. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini