Perkasa agensi penguatkuasaan undang-undang alam sekitar - Utusan Malaysia

Perkasa agensi penguatkuasaan undang-undang alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 3 Julai – Agensi penguatkuasaan undang-undang alam sekitar perlu diperkasa dengan pemantauan dilakukan secara berterusan bagi memastikan tiada masalah pencemaran berulang di negeri ini pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemerkasaan itu melibatkan teknologi terkini selain tenaga kerja terlatih.

“Agensi penguatkuasaan perlu diperkasa dengan menyediakan kelengkapan teknologi terkini dan sumber manusia mencukupi dan terlatih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini penting supaya mereka dapat melaksanakan fungsi memantau dan memelihara alam sekitar dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini