Perdagangan Perak cecah RM5 bilion - Utusan Malaysia

Perdagangan Perak cecah RM5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Julai – Perak mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM5 bilion bermula Januari sehingga April tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan hampir empat peratus berbanding RM4.78 bilion yang direkod bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Nilai eksport dari Januari hingga April 2019 pula hampir RM1.83 bilion manakala nilai import adalah sebanyak RM3.18 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nilai import dan eksport ini masing-masing mencatatkan peningkatan hampir empat dan enam peratus berbanding tahun sama pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke negeri ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Dalam pada itu, Darell turut memuji tindakan kerajaan negeri yang menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Setinggan Negeri Perak bagi membanteras masalah pencerobohan tanah secara haram.

Beliau berkata, melalui penubuhan jawatankuasa berkenaan, ia membantu memudahkan kemasukan pelabur termasuk menjalankan operasi perniagaan di sini.

“Inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah suatu strategi dan cara yang baik untuk mengambil tindakan cepat bagi mengatasi permasalahan ini.

“Saya tahu perkara ini bukanlah suatu yang mudah kerana mereka (penceroboh) telah berada di kawasan berkenaan untuk bertahun- tahun lamanya, namun, undang-undang tetap harus dipatuhi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini