Pepe sah milik Arsenal - Utusan Malaysia

Pepe sah milik Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Nicolas Pepe boleh dikatakan sah menjadi milik Arsenal selepas melakukan perpindahan sensasi bernilai 72 juta pound (RM361 juta) dari Lille meskipun kelab dari London itu belum membuat pengumuman rasmi.

Arsenal dijangka mengumumkan pemain termahal dalam sejarah kelab itu pada masa terdekat bagaimanapun rakaman video Pepe memakai jersi The Gunners ketika sesi fotografi telah pun viral di media sosial.

Petang semalam, satu rakaman video pendek tular di media sosial yang menyaksikan Pepe memakai jersi baharu Arsenal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pemain keempat menyertai Arsenal selepas Dani Ceballos, William Saliba dan Gabriel Martinelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini