Penyanyi AS ditahan imigresen tiada pas sah buat persembahan - Utusan Malaysia

Penyanyi AS ditahan imigresen tiada pas sah buat persembahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat (AS), Maggie Lindemann ditahan Jabatan Imigresen pada 21 Jun lalu ketika membuat persembahan di ibu negara tanpa pas yang sah.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, penyanyi tersebut ditahan kerana tidak mempunyai Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) bagi membuat persembahan di negara ini.

“Dia telah dibawa ke pejabat imigresen wilayah persekutuan di Jalan Duta di sini bagi siasatan selanjutnya terhadap dokumentasi perjalanannya dan dibebaskan keesokan harinya dengan jamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penganjur konsert tersebut juga telah dihadapkan ke mahkamah pada bulan lalu dan telah mengaku bersalah serta didenda sebanyak RM30,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

PLIK merupakan pas yang dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk jangka masa singkat di Malaysia.

Semalam, Lindemann dalam satu kenyataan di laman rasmi Twitternya meminta maaf kepada peminatnya di Malaysia apabila tidak dapat meneruskan persembahannya akibat ditahan oleh pihak berkuasa dan harus melalui proses siasatan yang panjang.

Selepas Malaysia, penyanyi tersebut dijadualkan untuk membuat persembahan di Singapura dan Vietnam tetapi harus membatalkannya kerana perkara tersebut.

Lindemann merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik yang memulakan debutnya pada tahun 2016 dan terkenal dengan lagu Pretty Girl dan Friends Go. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini