KUALA LUMPUR – Kontraktor projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan di Persiaran Kerjaya (kedua-dua arah dari Shah Alam dan Subang/Kuala Lumpur) untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penempatan semula utiliti LRT3. MRCBGK dalam kenyataan di sini hari ini berkata, masa penutupan akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi, hari ini hingga 31 Disember ini. “Penutupan sementara akan dilakukan…










