JAKARTA 30 Julai – Penguatkuasa Indonesia telah menahan seorang lelaki warga Britain yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pornografi dan salah guna dadah.
Lapor Bangkok Post, anggota imigresen, Amran Aris hari ini memberitahu berdasarkan laporan media,lelaki berkenaan dikenali sebagai Terrence David Mueller disahkan sebagai individu dikehendaki polis Britain.
Mueller dipercayai meninggalkan Britain untuk mengelakkan daripada dihukum penjara kerana menjual dadah steroid.
Memuatkan artikel berkaitan…
Lelaki itu ditahan di Bali Ahad lalu dan didapati tinggal lebih masa iaitu lebih 150 hari di Indonesia.- AGENSI











