Pengundian pemimpin baharu Kafa bermula - Utusan Malaysia

Pengundian pemimpin baharu Kafa bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kongres Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memilih barisan kepimpinan baharu badan induk itu hari ini berjalan lancar.

Kongres itu dimulakan tepat 10 pagi dengan sesi taklimat daripada Pemangku Presiden Kafa Datuk Seri Afandi Hamzah mengenai tatacara pemilihan.

Sejurus selepas itu, sesi pengundian untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan 10 barisan Exco dimulakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Pasir Mas menjadi perwakilan pertama yang melakukan pengundian.

Pemilihan hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan presiden antara usahawan muda, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz dengan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Keputusan penuh dijangka dapat diketahui seawal-awalnya tengah hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini