KUALA LUMPUR 15 Julai – Pemuda MCA berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan teliti mengendalikan penyelidikan dan mengumpul maklumat pelbagai pihak sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang menurunkan usia pengundi daripada 21 kepada 18 tahun. Pengerusinya, Nicole Wong Siaw Ting berkata, langkah ini adalah bagi memuaskan hati semua pihak. Bagaimanapun, katanya, Pemuda MCA bersetuju dengan pindaan itu dengan beberapa syarat dan keadaan termasuk pendaftaran pengundi secara automatik dan dibenarkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Selain itu, Nicole memberitahu, pendidikan sivik atau subjek politik juga perlu disepadukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya