Pengetua ‘dirasuk’ syaitan rogol 12 pelajar di Bangladesh - Utusan Malaysia

Pengetua ‘dirasuk’ syaitan rogol 12 pelajar di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 5 Julai – Seorang pengetua sebuah sekolah agama ditahan polis kerana merogol 12 pelajar di bawah jagaannya.

AFP melaporkan, penahanan ke atas pengetua dan juga pengasas Madrasah Baitul Huda di Fatulla itu dibuat selepas seorang ibu kepada kanak-kanak berusia 10 tahun membuat laporan.

Ketua Batalion Gerak Pantas Bangladesh (RAB) Fatulla, Kolonel Kazi Samser Uddin memberitahu kanak-kanak yang menonton laporan berita mengenai serangan seksual dalam sebuah saluran televisyen memaklumkan yang suspek pernah melakukan aksi yang sama terhadapnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika keterangan direkodkan, suspek mengaku yang dia pernah melakukan serangan seksual dengan beberapa lagi pelajar sekolah agama itu.

Namun begitu, suspek mendakwa dia tidak bersalah dan melakukan perbuatan itu selepas dirasuk syaitan.

Polis turut merampas rakaman dan gambar pornografi di rumah suspek. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini