SABAK BERNAM – Kelicikan seorang lelaki mengedar dadah di kebun kelapa sawit sejak dua tahun lalu berakhir selepas dicekup dalam kejadian di Tali Air 9, Pasir Panjang Sekincgan di sini semalam.
Suspek berusia 36 tahun itu diberkas pukul 1 pagi menerusi Ops Sarang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, pihaknya turut mermpas enam peket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 169 gram (g) dan tiga peket syabu seberat 1.6 g.
“Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1,000.
“Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu bersama dua lagi rakannya yang kini diburu polis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Chee Khoon, semakan mendapatu suspek yang merupakan penggangur dan sudah berkahwin itu memiliki enam rekod lampau jenayah dan narkotik.
Jelas beliau, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis MOP.
“Suspek kini direman selama tuju hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE











