JAKARTA – Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa beraksi dalam tiga set untuk menewaskan beregu muda tuan rumah dalam saingan Terbuka Indonesia 2019, hari ini.
Pada aksi 49 minit di Stadium Istora Senayan itu, pilihan kelima kejohanan tersebut menewaskan pasangan Ronald Ronald-Annisa Saufika menerusi 16-21, 21-7, 21-11.
“Mungkin ini perlawanan pertama, masih mencari rentak, tewas set pertama, tapi kami berjaya mengawal permainan selepas itu,” kata Liu Ying selepas tamat perlawanan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Naib juara edisi 2018 yang menyasarkan muncul juara edisi kali ini, bakal berhadapan dengan pasangan beregu campuran dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung dalam pusingan kedua esok.- BERNAMA











