MELAKA 6 Julai – AirAsia menyambung semula penerbangan bagi sektor Melaka-Pulau Pinang-Melaka hari ini selepas tertangguh selama dua hari berikutan masalah sistem navigasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, di sini. Penerbangan AK6284 dengan 158 penumpang berlepas dari LTAM ke Pulau Pinang pada jam 2.50 petang manakala penerbangan sama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selamat mendarat di LTAM, 20 minit sebelum itu. Exco Pengangkutan, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan kebenaran untuk menggunakan prosedur penerbangan setelah memastikan operasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya