Penduduk bantah projek dalam taman - Utusan Malaysia

Penduduk bantah projek dalam taman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Penduduk Taman Bukit Permata Fasa II, Batu Caves di sini membantah cadangan projek perumahan yang bakal dilaksanakan oleh pemaju di kawasan perumahan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bukit Permata (BP) 2, Zamzuri Mahmood berkata, projek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat itu didakwa akan menyebabkan pelbagai masalah seperti kesesakan, gangguan dan pencemaran.

“Bukan menolak pembangunan tetapi kami memikirkan soal keselamatan dan ketente­raman penduduk yang menetap di sini sejak 15 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

“Tapak projek ini berada di tengah-tengah kawasan perumahan. Kami tidak dapat ba­yangkan kehidupan penduduk di sini untuk berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang dipenuhi jentera berat, bunyi bising, habuk dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Jelas Zamzuri, walaupun pemaju mempunyai hak untuk membangunkan projek di atas tanah mereka, tindakan itu tidak sewajarnya dilakukan sekarang kerana kawasan taman perumahan berkenaan yang sudah terlalu padat.
 “Kenapa baru sekarang mahu bina setelah lokasi ini didiami oleh kira-kira 4,000 penduduk.

“Sepatutnya unit rumah teres berkenaan dibangunkan serentak semasa awal pembangunan kawasan ini dahulu,’’ katanya.

Sehubungan itu, Zamzuri berkata, Majlis Perbandaran Sela­yang (MPS) didesak supaya campur tangan dalam membatalkan kebenaran permohonan membangunkan projek itu serta-merta tanpa sebarang rundingan.

Katanya, projek itu juga dirancang tanpa pengetahuan dan perbincangan bersama penduduk setempat.

“Pemaju kena fikirkan ke­sejahteraan penduduk jangan fikir keuntungan semata-mata,’’ katanya.

“PEMAJU patut kekalkan tapak itu sebagai kawasan riadah untuk penduduk dan bukan cari keuntungan semata-mata.”

Christine Lim Pei Yee
Penduduk

“HANYA ada satu laluan untuk ke taman ini. Bayangkan tahap kesesakan yang perlu dihadapi penduduk jika projek ini berjalan tidak lama lagi.

U. Gobinath 
Penduduk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini