Pendidikan Seks: Adakan sesi meja bulat - Utusan Malaysia

Pendidikan Seks: Adakan sesi meja bulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wiranita Putra Malaysia mempersoalkan kredibiliti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menangani gejala seks yang semakin menular dalam kalangan para remaja di Malaysia.

Wiranita juga menggesa agar pihak kementerian mengkaji semula pendekatan dan kaedah pendidikan seks di Malaysia dengan kadar segera!

Pihak Wiranita mengajak pihak KPWKM untuk duduk di meja bulat bersama para intelektual, kounselor, agamawan dan pertubuhan di Malaysia untuk mencapai resolusi-resolusi yang dapat membantu merangka kaedah pendidikan seks yang lebih holistik dan pragmatik dalam membentuk keperibadian para remaja yang lebih bermoral di masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wiranita menggesa agar KPWKM berhenti mendabik dada dan beranggapan pelancaran video seks penididikan yang dilancarkan pada 26 Jun 2019 dan kempen kesedaran melalui edaran poster dengan kerjasama PLUS Berhad pada 28 Jun 2019 di lokasi strategik termasuk di pintu tandas di semua 22 R&R di seluruh negara yang lalu dapat menangani dan membendung kadar jenayah seks di kalangan para remaja di Malaysia.

Berita yang berlaku pada 3 Jun 2019 yang dilaporkan dimedia melaporkan ‘Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui di dalam kotak.’

Ini menunjukkan bahawa gejala tidak bermoral ini juga adalah masalah yang sangat kritikal dan perlu ditangani dengan segera.

Menurut statistik polis, 577 kes pembuangan bayi direkodkan dalam temproh empat tahun sehingga tahun lepas (2018). Di mana sebanyak sembilan peratus pelajar kelas peralihan terbabit dalam hubungan seks bebas dalam hubungan seks bebas dalam negara ini.

Kementerian itu juga menunjukkan 7.3 peratus pelajar 13 – 17 tahun mempunyai pengalaman seks. Golongan sasaran Pendidikan Seks sepatutnya difokuskan kepada kelompok ini dan bukannya kanak – kanak.

Kami mengesyorkan agar pihak KPWKM haruslah mengambil pendekatan dan kaedah yang lebih strategik dan spesifik dalam menangani permasalahan ini di peringkat akar umbi dan bukannya hanya di peringkat pencegahan dan kesedaran sahaja.

Perlunya pendekatan yang lebih dinamik yang menitikberatkan semua aspek pembentukan insan yang melibatkan aspek panduan kegamaaan, kesihatan, reproduksi dan sains sosial.

Wiranita juga melihat perlunya penglibatan para intelektual, kaunselor dan agamawan dalam merangka kaedah dan pendekatan agar lebih pragmatik demi mencapai objektif pembentukan peribadi cemerlang didalam dan diakhir tempoh persekolahan.

Pihak sekolah haruslah memainkan peranan penting dalam memastikan proses pendidian ini agar lebih konsisten dan bebas dari pengaruh politik yang mungkin boleh mengganggu dan merosakkan keberkesanannya di masa hadapan.

Wiranita mengesyorkan agar pihak KPWKM boleh merangka satu kerjasama di antara KPWKM dan pihak PIBG agar kesinambungan konsep pembelajaran ini dapat mengajar para ibu bapa cara-cara atau kaedah yang betul yang mungkin tidak pernah digunakan dan ditekankan dalam mendidik anak – anak mereka.

Intan Rahmah Ali

Ketua Wiranita Putra

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini