Penagih kantoi simpan dadah dalam kotak - Utusan Malaysia

Penagih kantoi simpan dadah dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai- Seorang penganggur ditahan kerana memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Sg. Bidut, Sibu, Sarawak, semalam.

Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sibu kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, polis turut menemukan sebuah kotak telefon bimbit mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 12.80 gram yang disimpan di tepi tilam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan bekas berwarna biru yang mengandungi tiga peket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis sama seberat 0.90 gram.

“Suspek mengaku tentang pemilikan dadah tersebut iaitu untuk kegunaan sendiri dan dibeli secara pemindahan wang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Stanley, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah.

Jelasnya, suspek akan direman serta disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini