Penafian dangkal kes adik Irfan - Utusan Malaysia

Penafian dangkal kes adik Irfan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wirawati Putra berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan yang mengatakan kes Kesihatan adik Irfan tiada kaitan dengan kesan pencemaran langsung kimia di Pasir Gudang bertarikh 6 Julai 2019.

Sebagai seorang Timbalan Menteri Kesihatan, beliau patut mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat empatetik dan bijak dalam menangani kes yang sebegitu sensitif sehingga melibatkan begitu banyak nyawa dan anak anak sekolah tidak berdosa sesak nafas, muntah muntah, pening serta pitam.

Malahan, bukan setakat kanak kanak, ibu bapa dan guru turut terkesan secara langsung kesan kimia yang busuk dan bersifat iritatif ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seeloknya sebagai yang memegang portfolio beliau turun padang, melihat sendiri apa yang telah terjadi kerana sudah empat bulan perkara ini berlarutan dan tiada penyelesaian secara menyeluruh.

Pemegang portfolio Kementerian Kesihatan mestilah bersifat apologetik, empatetik serta mahu siasatan terperinci dijalankan serta paling penting memastikan setiap mangsa mendapat layanan serta perkhidmatan terbaik dari Kementerian Kesihatan.

Sekurang-kurangnya keadaan Kesihatan mangsa yang terjejas terubat dengan layanan Kesihatan terbaik yang diberikan oleh kerajaan.

Wirawati Putra berasa amat kesal dengan kenyataan mana mana menteri atau timbalan menteri yang cuba membuat Penafian serta mengguris hati mangsa mangsa Pasir Gudang yang tidak berdosa.

Tiada siapa yang mahu sakit ataupun kehidupan mereka terjejas kerana ini bukan suatu drama tetapi kelemahan salah urus tadbir industri yang menyusahkan rakyat.

Kerajaan Pakatan Harapan seeloknya mulai muhasabah diri dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak mampu memikul amanah serta tanggungjawab sebagai pemimpin.

Kes adik Irfan sedang melalui rawatan susulan fisioterapi dan neurologi di hospital pakar di Johor sertae Hospital Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, dari cuba mengeruhkan keadaan mangsa mangsa serta menampakkan imej yang buruk terhadap kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri, adalah lebih baik timbalan menteri terlibat turun padang serta menyelidiki segala masalah Kesihatan yang berlaku bukan bercakap sekadar retorik.

Wirawati Putra amat kecewa dan berharap Menteri Kesihatan memenuhi janji beliau untuk turun padang dan bersua dengan adik Irfan serta kesemua mangsa terlibat.

9 Penafian adalah kerja mudah namun tidak menyelesaikan masalah. Bantu mangsa Pasir Gudang meneruskan persekolahan mereka seperti biasa.

Dr.Asmah Razalli

ketua Wirawati penaja Putra Malaysia.

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini