Pemandu wanita maut kereta langgar bas - Utusan Malaysia

Pemandu wanita maut kereta langgar bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang pemandu kereta Perodua Myvi maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Nilai -Salak berhampiran Kampung Bukit Kadir di Nilai dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian pukul 8.20 pagi itu, wanita tersebut, G. Vinayagi, 34, tersepit di tempat duduk pemandu dan patah kaki kanan dan cedera tangan kiri.

Ujarnya, seorang wanita berusia 29 tahun yang memandu kereta Perodua Axia dan pemandu bas henti-henti berumur 48 tahun yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa bas itu dalam perjalanan dari Seremban ke pekan Nilai. Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi yang berada di laluan bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan bas itu.

“Akibat perlanggaran itu, kereta tersebut berpusing lalu dilanggar pula oleh kereta Perodua Viva.

“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini