Pemandu Grab ditahan bersama dadah bernilai RM10,110 - Utusan Malaysia

Pemandu Grab ditahan bersama dadah bernilai RM10,110

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta miliknya menemui beberapa peket plastik mengandungi dadah jenis serbuk ekstasi bernilai kira-kira RM10,110 di Jalan Pudu Impian di sini pada 29 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 7 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras susulan maklumat yang diterima.

“Suspek yang ditahan berusia 34 tahun dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta jenis Proton Saga dipandunya telah menemui sebanyak 28 peket plastik mengandungi dadah jenis serbuk ekstasi dianggarkan seberat 1,011 gram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semakan yang dilakukan mendapati lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu Grab dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed Mokhsein, kesemua serbuk dadah yang dirampas itu dianggar boleh dibekalkan kepada kira-kira 2,000 orang penagih di sekitar Lembah Klang dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mendapatkan maklumat punca bekalan serta penglibatan individu lain.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Julai ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bagi melengkapkan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini