Pelawaan PM dibincang mesyuarat Majlis Presiden PH - Utusan Malaysia

Pelawaan PM dibincang mesyuarat Majlis Presiden PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempelawa enam parti politik Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Isnin ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana mesyuarat tersebut merupakan peluang dan ruang terbaik buat Pengerusi PH untuk menjelaskan tentang pelawaan berkenaan.

“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden dan sudah tentu ini ruang terbaik untuk kita (Majlis Presiden) bincang termasuk cadangan terbaharu Perdana Menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan mesyuarat bulanan biasa bagi Majlis Presiden dan perkara ini akan digunakan untuk beri penjelasan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Pelancaran tabung Endowment Universiti Malaya (UMEF) di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Katanya, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.


Terdahulu majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Mohd. Cairul Iqbal Mohd. Amin mewakili Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM), Datuk Dr. Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen Tengku Ibrah; Presiden PAUM, Datuk Noordin Abd. Razak; Naib Canselor UM, Datuk Insinyur Abdul Rahim Hashim; dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur UMEF, Datuk Ahmad Nazri Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini