Pelaksanaan semula PPSMI dikaji - Utusan Malaysia

Pelaksanaan semula PPSMI dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang dikaji secara terperinci dengan menyediakan sistem baharu melibatkan pengajaran melalui teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, melalui sistem itu, pengajaran yang direkod oleh guru terbaik akan diguna di setiap sekolah supaya kecekapan guru itu dapat dinikmati semua murid dan pelajar.

“Dengan cara ini, semua penuntut akan capai hasil yang hampir sama,” katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu adakah PPSMI akan diperkenal semula pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini