Pelajar didakwa rogol dalam tandas sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar didakwa rogol dalam tandas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 9 Julai – Seorang pelajar lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakan perempuannya April lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Ti Pei Si.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada kira-kira pukul 11.30 pagi, 25 April 2019 bertempat di dalam tandas perempuan di sebuah sekolah di sini telah merogol seorang perempuan berusia 17 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376 (1) Kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Navini manakala tertuduh diwakili peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Yu Tang.

R. Navini kemudian meminta mahkamah mengenakan RM5,000 dengan seorang penjamin sebagai wang jaminan terhadap tertuduh.

Pei Si membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 6 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini