Pekerja ladang jumpa bom lama di ladang kelapa sawit - Utusan Malaysia

Pekerja ladang jumpa bom lama di ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Seorang pekerja ladang tergamam apabila menjumpai sebutir bom lama di sebuah kawasan di ladang kelapa sawit, Felda Gedangsa di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, pengadu memberitahu bahawa dirinya telah dihubungi oleh rakannya kira-kira pukul 9 pagi memaklumkan bahawa satu objek disyaki bom lama dijumpai di kawasan tersebut.

“Pengadu kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Gedangsa bagi memaklumkan penemuan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan Pasukan Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di tempat kejadian mendapati ia adalah sebutir bom lama jenis Shell,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bak Phai menambah, bom tersebut berukuran 42 sentimeter panjang dengan ukur lilit 30 sentimeter.

“Sejurus siasatan tersebut, proses pemusnahan telah dilakukan pada pukul 3 petang tadi.

“Tiada sebarang kemusnahan harta benda awam dilaporkan semasa proses pemusnahan berkenaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini