Pekerja kilang maut langgar bas RapidKL - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut langgar bas RapidKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dengan kemalangan dengan sebuah bas RapidKL di Jalan Ampang di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada pukul 2.25 petang itu, mangsa, Al Banjar Abraham, 21, yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna hitam merah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian tersebut, bas RapidKL yang dipandu dari arah pusat bandar menuju ke Ampang telah dilanggar oleh mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa telah tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia tidak lama kemudian manakala pemandu bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah video yang tular di laman media sosial menunjukkan motosikal yang dipandu mangsa telah termasuk ke bawah bas tersebut manakala mangsa pula tercampak ke jalan berhampiran dengan bas itu.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu hingga menyebabkan kematian. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini