KUALA KANGSAR 6 Julai – Seorang pekerja syarikat pembalakan maut dihempap dahan pokok yang dianggarkan berukuran lilit 40 sentimeter di kawasan pembalakan berlesen di Sungai Akar dekat Sayong di sini hari ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu menyebabkan Chan Kok Loi, 63, cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika tiba di hospital bagi mendapatkan rawatan. RAZALI IBRAHIM Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kejadian disedari oleh penyelia syarikat berkenaan apabila salah seorang pekerja yang menyaksikan insiden tersebut memaklumkan kepadanya. Beliau berkata, ekoran kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya