Pejalan kaki dilanggar kereta ketika melintas - Utusan Malaysia

Pejalan kaki dilanggar kereta ketika melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 21 Julai – Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 11.2, Jalan Apas, berhampiran tanah perkuburan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisiner, Peter Ak Umbuas berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kenderaan yang merupakan seorang pengawal keselamatan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kilometer 6.4, Jalan Apas, menuju ke tempat kerjanya di Bandar Sri Indah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di lokasi kejadian, seorang lelaki tiba-tiba melintas jalan dari pembahagi jalan sebelum dia dilanggar.

“Pengawal keselamatan terbabit cuba mengelak ke sebelah kanan jalan tetapi tidak berjaya memandangkan jarak terlalu dekat dan akibat perlanggaran itu, pejalan kaki berkenaan terhumban sebelum tertiarap di tengah jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Peter, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini