Pejabat Tourism Malaysia Perak disusun semula - Utusan Malaysia

Pejabat Tourism Malaysia Perak disusun semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Operasi pejabat Tourism Malaysia Perak di sini akan disusun semula termasuk pengecilan kakitangan sejajar dengan keperluan semasa.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, bagaimana pun perkara itu sedang diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut beliau, pengecilan ini tidak akan menjejaskan peranan kementerian itu kerana tugas sama turut dimainkan menerusi Pejabat Pelancongan Negeri Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam soal promosi misalnya, kita akan memberi fokus pada kaedah pemasaran digital yang dilihat fleksibel berbanding mengedar risalah atau brosur.

“Pada masa sama kita juga masih perlukan petugas cuma akan ada pengurangan kakitangan pejabat (Tourism Malaysia Perak),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Peluang Perniagaan Dalam Sektor Pelancongan Perak bertempat di Sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing.

Muhammad Bakhtiar memberitahu, ketika ini Pejabat Tourism Malaysia di Pulau Pinang dijadikan sebagai hab kementerian itu bagi wilayah Utara meliputi Kedah, Perlis, Langkawi dan Perak.

“Jika tutup (Tourism Malaysia Perak) kita akan buka pejabat mini sebagai cawangan bagi hab kita di Pulau Pinang.

“Pada masa sama kementerian akan sentiasa berhubung dengan Pejabat Pelancongan Negeri Perak yang diterajui Kar Hing sebagai exco,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini