Pegawai tadbir didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara - Utusan Malaysia

Pegawai tadbir didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 18 Julai – Seorang pegawai tadbir di jabatan pentadbiran kerajaan negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya, bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 36 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya berusia 16 tahun satu bulan. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Klebang Besar, di sini kira-kira pukul 3 petang pada 6 Jun dan pada 11.30 pagi keesokkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd. Yunos sebelum itu tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun memohon nilai RM20,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan sekiranya pihak mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Peguam Azharuddin Azmi yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan ibu, isteri serta dua orang anak yang memerlukan perhatian.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Elesabet kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta menetapkan 17 Ogos depan sebagai sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini