Pegawai JPJ maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pegawai JPJ maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Kuala Lumpur maut dalam satu kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Sungai Buloh-Kepong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mangsa, Mohd. Jamil Iskandar Jaafar, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Lagenda 110Z dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai Ketua Unit Motosikal di JPJ cawangan Kuala Lumpur telah terbabas sendiri sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian telah di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat pada pukul 10 malam semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zani, pihaknya sedang mengesan saksi kemalangan terbabit bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi Inspektor Azirul di talian 013-4284 263 atau tampil di mana-mana balai berdekatan untuk menyalurkan maklumat.

“Kami juga sedang mengesan waris mangsa untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini