Pasukan bola sepak wanita haram - Majlis Ulama Aceh - Utusan Malaysia

Pasukan bola sepak wanita haram – Majlis Ulama Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 9 Julai – Golongan ulama di Aceh menyifatkan cubaan untuk mewujudkan pasukan bola sepak wanita di wilayah tersebut adalah ‘dilarang’ melainkan tiada penglibatan kaum lelaki.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Aceh, Teungku Faisal Ali berkata, pihaknya tidak menolak penubuhan pasukan bola sepak wanita namun selagi tiada kemudahan yang bersesuaian, penubuhan pasukan itu dianggap sebagai haram.

Majlis itu menegaskan bahawa pasukan bola sepak wanita boleh diadakan sekiranya wilayah ini mempunyai stadium khas yang hanya membenarkan penglibatan kaum wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memohon supaya liga bola sepak wanita ditangguhkan sehingga waktu yang bersesuaian,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini