Pasaran getah ditutup tinggi susulan pembetulan teknikal - Utusan Malaysia

Pasaran getah ditutup tinggi susulan pembetulan teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pasaran getah Malaysia hari ini ditutup tinggi sekali gus menamatkan aliran menurun selama lima hari susulan pembetulan teknikal.

Seorang peniaga berkata, peningkatan itu bagaimanapun dihadkan oleh aliran bercampur-campur pada penanda aras niaga hadapan getah serantau, penyusutan sedikit harga minyak dan data ekonomi suku kedua China yang lemah.

“Pertumbuhan ekonomi China perlahan kepada 6.2 peratus pada suku kedua iaitu kadar paling lemah dalam tempoh sekurang-kurangnya 27 tahun berikutan terkesan oleh perang perdagangan yang sedang dihadapi negara itu dengan Amerika Syarikat,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peniaga itu berkata, data ekonomi China yang kurang memberangsangkan turut memberi kesan terhadap harga minyak mentah berikutan kebimbangan terhadap permintaan oleh pengimport terbesar minyak mentah dunia.

Bursa Komoditi Tokyo ditutup hari ini bersempena cuti Hari Marin.

Pada pukul 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi tayar gred SMR 20 naik 3.5 sen kepada 571.5 sen sekilogram dan lateks pukal menokok 1.5 sen kepada 473.5 sen sekilogram.

Harga penutupan tidak rasmi bagi tayar gred SMR 20 meningkat enam sen kepada 575.5 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 472.5 sen sekilogram. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini