Parlimen: Dewan Rakyat ucap selamat hari lahir kepada PM - Utusan Malaysia

Parlimen: Dewan Rakyat ucap selamat hari lahir kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat hari ini disambut dengan ucapan selamat ulang tahun kelahiran.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md Yusof menyampaikan ucapan tersebut mewakili ahli-ahli Parlimen sebelum sesi pertanyaan lisan bermula sambil mendoakan Mahathir dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan fikiran yang bijaksana untuk memimpin negara.

“Bagi pihak ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dengan penuh sukacita ingin menyampaikan ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-94 kepada Mahathir,  Perdana Menteri Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesungguhnya semangat gigih Yang Berhormat Tun pada usia ini akan menjadi pembakar semangat kita semua dalam usaha masing-masing untuk memartabatkan negara ini. Terima kasih,” katanya.

Mahathir kemudian mengucapkan terima kasih atas ucapan berkenaan sebelum menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) berhubung prestasi Malaysia Airlines Berhad.

Di lobi Parlimen, pengamal media turut meraikan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ selepas selesai sidang media oleh Perdana Menteri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini