KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa orang ramai mempamer bakat dalam pertandingan penghasilan video pendek anjuran pihak berkuasa tempatan itu. MPAJ dalam kenyataannya memberitahu, pertandingan bertemakan Kepelbagaian Kaum Penyatuan Bangsa itu diadakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2019. “Mereka yang berminat boleh muat turun borang di http://bit.ly/2Xlp5vN dan perlu dihantar sebelum tarikh tutup iaitu pada 10 Julai ini. “Pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan kepada pemenang pertandingan,”…










