Paip pecah sebabkan gangguan air - Utusan Malaysia

Paip pecah sebabkan gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai- Beberapa kawasan di Ampang Jaya mengalami gangguan air ekoran kejadian paip pecah berhampiran Hotel Flamingo, Ampang awal pagi ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Pasir, Taman Kelab Ukay, Taman Bukit Mulia dan Taman Sering Ukay.

Turut terjejas Kampung Ampang Indah, Kampung Ampang Campuran serta Taman Watan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan pihak kami menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh merujuk status terkini di laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor yang dikemas kini dari semasa ke semasa.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini