Ombak besar cetus panik di Brazil - Utusan Malaysia

Ombak besar cetus panik di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO 28 Julai – Para pelancong yang sedang menikmati aktiviti berjemur di sebuah pantai di sini dikejutkan dengan ‘ombak besar’ yang muncul secara tiba-tiba.

Mail Online melaporkan, keadaan itu menyebabkan para pelancong panik dan lari bertempiran menyelamatkan diri serta keluarga.

Insiden itu berlaku pada Sabtu lalu dan sempat dirakam menerusi video oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam video yang dirakam, kedengaran suara pelancong menjerit ketakutan apabila ombak membadai menyebabkan banyak kerusi dihanyutkan ke pantai.

Ombak itu juga dilihat setinggi paras pinggang kanak-kanak.

Biarpun berlaku tidak sampai seminit, situasi itu benar-benar mengejutkan pelancong yang berada di lokasi kejadian.

Selain itu, pelancong juga tidak sempat untuk mengambil barangan mereka dan hanya mampu menyaksikan kesemuanya dihanyutkan ombak.

Video yang dirakam oleh seorang individu itu turut menunjukkan sepasang ibu bapa menarik tangan anak-anak mereka ketika ombak tiba.

Dalam tempoh beberapa saat, ombak besar itu surut dan kembali kepada situasi asal, biarpun keadaan sekeliling dipenuhi dengan barangan milik pelancong yang bertaburan.

Biarpun keadaan sudah reda, suara tangisan anak kecil masih dapat didengar dan ibu bapa cuba menenangkan mereka. – AGENSI

caption gambar: PARA pelancong panik ketika ombak besar tiba-tiba muncul di sebuah pantai di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini