Nordin kekal AJKKP Felcra Bukit Keladi buat kali keempat - Utusan Malaysia

Nordin kekal AJKKP Felcra Bukit Keladi buat kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Nordin Haion kekal sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) Felcra Bukit Keladi buat kali keempat bagi sesi 2019-2021.

Pemilihan itu disokong sebulat suara dalam satu mesyuarat agung peserta Projek Bukit Keladi dan Sungai Pergam PLBP (Pusat Latihan Belia Pertanian) yang diadakan di Bilik Gerakan Felcra Bukit Keladi, semalam.

Nordin berkata, tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan itu bukan satu perkara mudah seterusnya bertekad untuk memikul amanah tersebut untuk kebaikan semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan kali keempat saya dipilih sebagai pengerusi AJKKP Felcra Bukit Keladi sejak ditubuhkan pada tahun 2015.

“Saya mengharapkan kerjasama dan sokongan semua AJKKP untuk membantu pengurusan Felcra Berhad menangani isu-isu yang berkaitan dengan peserta,” katanya.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Timur, Zulkifli Sidik; Ketua Unit Institusi Felcra Berhad Wilayah Timur, Sayyid Abdul Rahman Syed Ahmad dan Pengurus Kawasan Felcra Bukit Keladi, Mohd. Halif Zulkafley.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa AJKKP Felcra Bukit Keladi bagi sesi 2019-2021:

Pengurus Kawasan : Mohd. Halif Zulkafley

Penolong Eksekutif Ladang (Pengurus Projek Bukit Keladi) : Nik Ahmad Syafiq Rohimi

Penolong Eksekutif Ladang (Pengurus Projek sungai Pergam PLBP) : Muhamad Khairul Azami Samah

Penolong Eksekutif Pembangunan Peserta merangkap Setiausaha : Wan Suhazila Wan Sulaiman

Pengerusi merangkap Ketua Peserta : Nordin Haion

Timbalan Pengerusi : Suhaimi Hassan

Ahli Jawatankuasa.

1. Wan Nordin Wan Omar

2. Md. Naim Ton Mohd

3. Fadzilah Mahamud

4. Syed Zakaria Syed Sidek -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini