Nilai semula kedudukan Tommy Thomas - Utusan Malaysia

Nilai semula kedudukan Tommy Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 18 Julai – Kerajaan perlu menilai semula secara objektif kedudukan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara selepas pelbagai isu dan keraguan dibangkitkan terhadap beliau.

Gesaan itu dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam status Facebooknya di sini sambil berkongsikan pautan berita mengenai permohonan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang memohon Tommy diheretkan ke mahkamah.

“Banyak keraguan dalam pelbagai isu telah dibangkitkan tentang Peguam Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan kita, pihak kerajaan perlu menilai semula secara objektif kedudukan beliau (Tommy),” katanya.

Kelmarin, bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Tommy bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) berhubung kes inkuiri anaknya.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Tommy segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara berasaskan 10 sebab antaranya seperti campur tangan beliau dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib.

Selain itu, Tommy juga dilihat melakukan pendakwaan terpilih apabila menggugurkan sepenuhnya kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng walaupun prosiding mahkamah telah pun berjalan.

Malah, tindakan Tommy yang tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja berkenaan Statut Rom juga menimbulkan kekesalan banyak pihak selain keputusannya menggugurkan sepenuhnya beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini