Nik Nazmi bercerai talak satu - Utusan Malaysia

Nik Nazmi bercerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini sah bercerai dengan isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim, 36 dengan talak satu.

Perceraian secara baik itu direkodkan oleh Hakim Syarie, Zaim Md. Yudim di kamar hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Semakan di mahkamah mendapati, selain merekodkan perceraian secara baik, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini turut merekodkan lain-lain perintah termasuk hak penjagaan anak, idah dan mutaah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan itu berkahwin pada Ogos 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Sementara itu, Nik Nazmi dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut dan memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka sekeluarga pada waktu ini.

“Saya ingin memaklumkan Imaan dan saya telah bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan kami. Saya ingin memohon maaf atas kesakitan atau kesedihan yang dialami oleh mana-mana pihak, terutamanya keluarga kami.

Saya minta semua pihak menghormati privasi kami pada waktu ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini